sedikit video edisi borak kosong orang orang dibelakang tadbir mengenai hidup seorang pelaut, ini mungkin yang pertama dan ini juga mungkin yang terakhir tetapi aku yakin mungkin ada satu lagi edisi cuma aku malas lagi nak buat.
edisi pertama ini banyak mengetengahkan tentang pendapatan, gaya dan cara mereka.
Tuesday, 27 September 2011
Friday, 9 September 2011
SALAM SYAWAL - BORAK BORAK
Assalam pada semua,
Sekarang dah hampir pada penghujung syawal, open house dah banyak kita terjah, ketupat lemang dodol wajik( kalau korang dapat rasa la) dah memenuhi setiap isi ruang dermis & epidermis. Jangan lupa banyakkan bersenam ye, penting untuk badan korang supaya lemak lemak itu dapat dibakar.
Pada yang belom lagi berpuasa6, eloklah dilakukan sebab korang belom confirm dapat lakukan lagi tahun depan. Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : �Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun� (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa)

Sunday, 14 August 2011
Ramadan 2011
Assalam semua.
Selamat menyambut ramadan al mubarak pada kali ini dan sangat bersyukur kepada Allah swt bagi kita sekali lagi peluang untuk rasa nikmatNya. Penuhkanlah setiap isi masa dalam bulan ramadan ini dengan aktiviti rohani dan selalulah berdoa kerana bulan ini adalah bulan makbul. Doa lah banyak2, nak kaya ke, nak jadi manager ke, nak jadi solehah ke, tak kisahla apa apa pun sebab Allah dah janji untuk makbolkan doa hambaNya dalam bulan ini.
Bulan ramadan ini jugaksrpeti seperti akademi, apa akademi?? Apa yang aku type ni?
Nanti dulu aku belom mereng. Sebab dikatakan akademi ialah sebab dalam bulan ni kita belajar macam macam. Contohnya- kita jaga waktu. Waktu berbuka puasa dan waktu Imsak. Mesti sharp bukan?. Yang mana sebelum ini kita kurang pada menjaga waktu tapi dalam bulan puasa ini waktu adalah berharga pada kita. Jadi dah belajar bukan? Amalkanlah selalu dan jangan pula lepas ramadan punctuality kita terbang kemana.
Dalam bulan ramadan jugak kita berjaya mengawal nafsu kita, nampak tak? So teruskan untuk bulan2 yang seterusnya.insyaAllah. Pada smokers tu boleh pulak tak hisap rokok siang hari, pelik bukan?. Kalau bukan ramadan mesti ada je alasan yang tersembol keluar.
Inilah bulan untuk kita berubah. Mari!!
Note- ustad ahmad termizi yang datang tazkirah ramadan kat ofis aku tempohari ada bagitahu, satu jenis tudung yang tak menepati syarak sebab gagal berfungsi seperti tudung. Tidak menutup dua puncak gunung idaman.
Selamat menyambut ramadan al mubarak pada kali ini dan sangat bersyukur kepada Allah swt bagi kita sekali lagi peluang untuk rasa nikmatNya. Penuhkanlah setiap isi masa dalam bulan ramadan ini dengan aktiviti rohani dan selalulah berdoa kerana bulan ini adalah bulan makbul. Doa lah banyak2, nak kaya ke, nak jadi manager ke, nak jadi solehah ke, tak kisahla apa apa pun sebab Allah dah janji untuk makbolkan doa hambaNya dalam bulan ini.
Bulan ramadan ini jugak
Nanti dulu aku belom mereng. Sebab dikatakan akademi ialah sebab dalam bulan ni kita belajar macam macam. Contohnya- kita jaga waktu. Waktu berbuka puasa dan waktu Imsak. Mesti sharp bukan?. Yang mana sebelum ini kita kurang pada menjaga waktu tapi dalam bulan puasa ini waktu adalah berharga pada kita. Jadi dah belajar bukan? Amalkanlah selalu dan jangan pula lepas ramadan punctuality kita terbang kemana.
Dalam bulan ramadan jugak kita berjaya mengawal nafsu kita, nampak tak? So teruskan untuk bulan2 yang seterusnya.insyaAllah. Pada smokers tu boleh pulak tak hisap rokok siang hari, pelik bukan?. Kalau bukan ramadan mesti ada je alasan yang tersembol keluar.
Inilah bulan untuk kita berubah. Mari!!
Note- ustad ahmad termizi yang datang tazkirah ramadan kat ofis aku tempohari ada bagitahu, satu jenis tudung yang tak menepati syarak sebab gagal berfungsi seperti tudung. Tidak menutup dua puncak gunung idaman.
Tuesday, 26 April 2011
Diving - 2011 1st trip
trip kali ini kurang meletop seperti trip tahun lepas, air berkocak agak kuat dan arus pun sama. Banyak betul gunakan O2 sebab kaget nak lawan arus.
Tempat masih sama, perhentian besar fauna beach, bukan apa rasa selesa disitu.
so pada sesiapa yang nak join tu JOM JOIN bulan july ni. kitorang plan nak ke tioman dan October ke Sipadan. Insya'Allah
JOM JOIN! bukannya mahal sangat.

Monday, 21 March 2011
Shutter (DSLR CAMERA) - Apa itu?

Shutter dalam Bahasa Malaysia bermaksud tetingkap.Ianya terdiri dari beberapa siri bilah yang tersusun rapat antara satu sama lain dan bertindak sebagai tingkap.Shutter mengawal jumlah kemasukan cahaya melaluinya dengan pengawalan masa,sebelum cahaya itu diimbas pada sensor.
Penggunaan shutter ini berubah mengikut kreativiti kita.Tidak ada peraturan atau penetapan dalam penggunaanya.Jika kita nak mengambil gambar air terjun contohnya,dan kita hendak menunjukan air itu seperti sedang bergerak,kita bolehlah menurunkan kelajuan shutter kepada waktu yang panjang.Ini bermaksud,proses dari shutter terbuka dan membenarkan cahaya melaluinya sehingga ianya ditutup kembali mengambil masa yang telah kita tetapkan.Gambar air terjun itu seolah olah kelihatan sedang bergerak dengan laju.Begitulah sebaliknya, jika kita hendak mengambil gambar orang yang sedang berlari,kita boleh menetapkan masa shutter dari terbuka hinggalah tertutup pada waktu yang amat singkat.
Sunday, 13 March 2011
myMariner LIMITED EDITION T-Shirt
Pada semua warga kapal se-Malaysia, t-shirt edisi terhad untuk anda semua tersedia untuk ditempah. Pakailah ia seperti mana anda bangga memakai uniform ketika di belajar di ALAM,PUO,AIP dsb. Hanya 50 helai Sahaja akan berada dipasaran dan di cetak di USA. Harga memang mahal sikit maklumlah terhad dan berkualiti. Untuk menempah boleh email kepada myenvyeyes@yahoo.com. Ambil masa 3 minggu dari tarikh order.
Friday, 25 February 2011
Technical way - The Superintendent
A superintendent’s job lacks routine. It is a stressful job and one that can wear any normal human being down like sandpaper to an apple. It can though be heart-warming as well. To solve problems, to see a broken ship once again sailing, to find out that the repairs have been below budget, to see captains and chiefs smile when all is back to normal and to see the fruits of the labour the job is without doubt the icing on a very soggy, non-rising, stale and over-salted lump of cake.
Ieuan Dolby
Labels:
LIFESTYLE N PORTRAITURE,
OUR LIFE
Monday, 14 February 2011
Technical way - The riding Team
SEMUA GAMBAR DIAMBIL MENGGUNAKAN IPHONE4
"bow" dan keadaan sedang berlabuh di "Outer Port Limit, Tanjung Pengelih Johor
Kerja kerja diatas kapal memang sangat mencabar dan meletihkan. Adakalanya tenaga tidak mencukupi dan pihak pengurusan sendiri terpaksa membantu melakukan tugas yang tidak dijangka demi untuk mencapai target. Pihak pengurusan yang sangat letih bekerja 20jam tanpa henti menngambil sedikit masa terluang untuk berehat.

Mustafar seorang Jurutera elektrik yang berkebolehan melakukan pelbagai tugas, sedang melakukan pembaikpulihan keatas sistem perpaipan kargo di dalam tangki
Mustafar seorang Jurutera elektrik yang berkebolehan melakukan pelbagai tugas, sedang melakukan pembaikpulihan keatas sistem perpaipan kargo di dalam tangki
Satu aktiviti tambakan pantai di kawasan berhampiran
Kapal kapal melabuhkan sauh di satu kawasan berhampiran tanjung pengelih Johor.
Majoriti Anak anak kapal adalah perokok - Mohd Faris berehat pada waktu petang
Ketua Pegawai sedang melakukan pengiraan muatan kargo kedalam tangki. Konsol konsol kawalan sistem kargo di dalam Bilik Kawalan Kargo.
Sudah satu kemestian, telefon mudah alih akan diletakan di "port holes" kapal untuk mendapatkan signal yang optimum.
Tangki Kargo di atas kapal dengan muatan 7000mt untuk kargo ULG95,ULG97,ADO,JETA1 yang digunakan sebagai petrol dan diesel kenderaan. Satu kontrak dibawah Petronas. Kelihatan Mohd Faris-Technical Executive menuruni salah satu tangki untuk urusan pemeriksaan
Mustafar (kiri) Jurutera Elektrik, Kapten Dilesh (Kanan) Nakhoda kapal
Ruang memasak di atas kapal dipanggil "galley",
sering berlaku masalah komunikasi diantara kapal dan pengurusan, Komunikasi yang berkesan diantara kakitangan kapal dengan kakitangan pengurusan adalah dengan penglibatan didalam kehidupan seharian mereka. Kapten Dilesh (kiri) Nakhoda Kapal, meluangkan masa rehat mengutarakan isu berbangkit. Tajul Asyikin (kanan) Timbalan Pengurus Besar Pengurusan perkapalan
Friday, 4 February 2011
Technical Way - Episode 1
Dinghai (定海区) is a district of Zhoushan City made of 128 islands in Zhejiang province, China. It is based on the larger northwestern half of Zhoushan Island, where it borders Putuo in the east. The district boundary meets that of Daishan County entirely on sea to the north. Its southwestern boundary intersects those of Ningpo City entirely on sea. - wikipedia
i need a good camera, the sound need to improve!
Labels:
CONCEPTUAL PHOTOGRAPHY,
OUR LIFE,
PLACES,
PRODUCT
Saturday, 29 January 2011
Technical Executive - Marine
setelah sekian lama ak berusaha untuk menghasilkan video ini akhirnya siap juga malam tadi didalam bilik moon hotel 512 dickson road singapore. lama tu dari tahun lepas padahal video ini bukanlah hebat mana pun
faris hussin atau technical executive yang tidak pernah membayangkan dirinya berada didunia marine. ikutilah pengenalan rentetan hidupnya didalam industri yang penuh dengan pancaroba ini.
Labels:
CONCEPTUAL PHOTOGRAPHY,
OUR LIFE,
PLACES
Subscribe to:
Posts (Atom)
Photography and art by Iyad Yaz is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.
Based on a work at www.envyeyes.net.
Permissions beyond the scope of this license may be available at www.envyeyes.net.