sambungan dari aku seorang pelaut Jurutera marin bertanggungjawab keatas pengurusan, operasi dan penyelenggaraan kapal. Terdapat 5 peringkat Jurutera di atas kapal dan masing masing memikul tanggungjawab yang berbeza. Oiler, Greaser dan Junior Rating merupakan peringkat sokongan yang bertanggungjawab membantu jurutera. Ok begini ceritanya..Bukan senang nak jadi Jurutera Marin. Terpaksa tinggal anak bini,family,motor kesayangan,anak kucing jiran dan sekutunya. Semua kena tinggal. Kalau larat boleh bawak tapi, takut pulak orang lain pandang serong. Demi Tanggungjawab terpaksa menyedihkan diri di lapangan kapal terbang sambil melambai lambaikan tangan tanda perpisahan sementara. Sedih wa cakap lu.(Bab ni yang paling aku rasa benci sekali). Dulu bolehlah,sekarang tak dapatlah. Tapi Kerjaya aku tetap dalam bidang perkapalan,cuma tak belayar sahaja. Oh.Jadi Golongan Black Hand Gang ini memang terpaksa berlakon sikit. Aku pun bukanya garang sangat,tapi kalau aku lembik mudah sangatlah orang nak pijak pijak aku. Macamana nak bagi arahan kalau lembik dan aku rasa keselamatan kapal dan orang yang berada di dalamnya akan terjejas kalau semuanya main cincai sahaja. kemalangan tak boleh dielakkan tetapi kecuaian boleh dielakkan. Kenapa? yelah kemalangan berlaku diatas kecuaian kita sendiri. Macam macam pernah berlaku di atas kapal. Aku sendiri banyak mengalaminya, tangan terkoyak terkena mesin pelarik,tangan melecur terkena besi panas, Muka lebam sebab tetukul muka sendiri. Itu semua berlaku ketika aku mengelamun ala mat jenin.Gambar menunjukkan sahabat kita Jurutera Ke-3 Mohd Haris Hamdan yang mengalami kecederaan pada tulang belakang akibat kerja yang terlampau rajin tahap bodek itik,..kan dah dapat tongkat sakti satu lagi faktor yang boleh mengungkit kebosanan ketika berada di atas kapal ialah aktiviti rutin tiap tiap hari. Lepas kerja,makan,tidur dan kalau dah bosan tahap beruk sarkis aku akan kacau orang lain yang tengah tidur. Nak tengok TV itu pun kalau kapal melalui persisiran pantai, bolehlah juga dapat siaran,kalau betul betul di tengah laut? VCD atau DVD yang dibeli di tanah besar China dengan harga RM3.30 sekeping menjadi sasaran tayangan ulangan sehingga 4 kali sehari. Sampai nak muntah!! Tugas sang Jurutera terlalu banyak untuk diceritakan maka dengan ini aku ku ceritakan serba sedikit sahaja. Jurutera mempunyai tanggungjawab masing masing dan seperti gambar diatas menunjukkan Jurutera Ke-3 sedang membuat pemeriksaan pada meter dan pembaca yang terdapat pada panel kawalan di dalam Bilik Kawalan. Jurutera Ke-3 Mohd Azuwan bertanggungjawab keatas operasi dan penyelenggaraan Mesin Janakuasa Kapal. Mohd Azuwan akan sentiasa memastikan mesin di bawah jagaanya beroperasi dengan begitu ngetop sekali. Tanggungjawab Mohd Azuwan tidak terbatas pada mesin mesin dibawah jagaanya sahaja. Dia juga perlu memastikan Sistem Utama Kapal atau Enjin beroperasi dengan baik. Mohd Azuwan akan dinaikkan pangkat ke Jurutera Ke-2, memahami dan mengetahui operasi enjin dengan baik adalah satu kemestian bagi Jurutera Ke-2. Gambar diatas menunjukkan sebuah enjin kapal yang mempunyai 6 silinder stinggi 3 tingkat bangunan dan setiap satunya mempunyai piston yang berdiameter 500mm dan berkuasa Turbo yang mampu menjana sehingga 9600BHP. Power tu beb!! Bila mesin sudah mula buat hal,tu hah tak cukup dua tangan dan dua kaki nak selesaikan. Masalah kena selesaikan dalam waktu singkat. Kalau lambat syarikat akan mengalamai kerugian jutaan dollar dan kemungkinan tahun tersebut tak dapat bonus. Macamana nak beli sony psp kalau tak dapat bonus? Ketika inilah segala inci otak diperah untuk memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku. atau KERJA KERAS!!!! selalunya dalam waktu begini aku akan teringat family,Sedih mengenangkan nasib diri. Susahnya mencari rezeki dan sekarang baru aku tahu bagaimana susahnya mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati. Lainlah kalau isteri berlayar bersama,sekurang kurangya ada lah juga tempat mengadu. hanya pegawai sahaja yang dibenarkan membawa isteri. En.Aftab Alam Khan,Ketua Jurutera berasal dari Pakistan dan telah berkhidmat lebih 5 tahun dengan syarikat perkapalan Malaysia. apa lagi kawan kawan..Apply la untuk jawatan Ketua Jurutera. Kekosongan banyak sehinggakan mereka terpaksa mengambil tenaga dari luar. Sign off atau kontrak tamat adalah saat yang dinantikan oleh semua orang kapal.Tempoh kontrak maksimum ialah 9 bulan. "yahuuu yabedabeduuu...dah lama tak pergi KLCC..boleh usha usha awek..9 bulan tanpa wanita.sepi hidupku" kataku 3 tahun dahulu.....BERSAMBUNG LAGI
BANGGGG.....keja bang ni mmg susah la,tapi bess jugak!! bila bab nk berpisah ngn family tu lah rasa feeling sikit terutamanya bila nk tinggal isteri HHmmm....!! lepas dengar cieta bang ni..saya pon berminat sgt nk keja mcm abang. frm:phoshaggan
BANGGGG.....keja bang ni mmg susah la,tapi bess jugak!! bila bab nk berpisah ngn family tu lah rasa feeling sikit terutamanya bila nk tinggal isteri HHmmm....!! lepas dengar cieta bang ni..saya pon berminat sgt nk keja mcm abang.
Macam sekarang ni saya bekerja sebagai jurutera tapi dalam field construction n ade degree civil engineering.. So, nak tahu sama ada, boleh tak kalau saya nak join bidang perkapaln ni sebab saya memang betul2 minat pekapalan ni..
Salam encik drinho... Boleh... Asalkan ada minat yang betul. Encik drinho nak jadi pegawai atau sokongan? Kalau nak teruskan dengan pegawai rasanya di alam ada buat transition course for degree holder. Tempat lain saya xbeberapa pasti.
Jika berminat untuk peringkat sokongan, tuan boleh rujuk sekolah latihan seperti Ranaco, Pelita, Polaris dan banyak lagi.
Encik drinho kena pergi training antara dua diatas jika berminat untuk menjadi orang kapal. Dan itu bergantung pada umur encik drinho juga ye.
Still find my own niche of representing life and thoughts. I claim myself a self taught photographer and it took me 3 years to understand what exposure really is.
More into landscape,people and places.
1.Occasion 2.Date 3.Venue Dont forget your name and contact number.
However if you have other occasion that are not listed above, feel free to contact me.
How about my fees? I'm not a professional photographer and if you still love my artwork and considering me in your list, i promise you that my fees are the most affordable and cheaper than a 2 pcs ROUL shirts.
Sound bite!
Followers
just click on individual picture below for photos.
11 comments:
very good blog, congratulations
regard from Reus Catalonia Europe
thank you
hehehehe..
at least org luar tau ape keje orang kapal.tu baru citer kat enjin,blum citer kat atas lagi..budak2 navigasi.
congrat....
BANGGGG.....keja bang ni mmg susah la,tapi bess jugak!!
bila bab nk berpisah ngn family tu lah rasa feeling sikit terutamanya bila nk tinggal isteri HHmmm....!!
lepas dengar cieta bang ni..saya pon berminat sgt nk keja mcm abang.
frm:phoshaggan
BANGGGG.....keja bang ni mmg susah la,tapi bess jugak!!
bila bab nk berpisah ngn family tu lah rasa feeling sikit terutamanya bila nk tinggal isteri HHmmm....!!
lepas dengar cieta bang ni..saya pon berminat sgt nk keja mcm abang.
orng gemuk diterima x untuk jd marine engineer?
keje ni memang best dan orang gemok pun boleh kerja..insyaAllah
Salam..
Macam sekarang ni saya bekerja sebagai jurutera tapi dalam field construction n ade degree civil engineering.. So, nak tahu sama ada, boleh tak kalau saya nak join bidang perkapaln ni sebab saya memang betul2 minat pekapalan ni..
Kalau boleh, macam mana saya nak apply ye?? Mohon pencerahan ye..
Tq..
assalmualaikum , saya nak tanya . Kalau perempuan sesuai tak untuk kerja macam ne ?
kalau perempuan sesuai tak kerja macam neh ?
Kalau dah tak ada kerja kat tempat lain..boleh...
Salam encik drinho... Boleh... Asalkan ada minat yang betul. Encik drinho nak jadi pegawai atau sokongan? Kalau nak teruskan dengan pegawai rasanya di alam ada buat transition course for degree holder. Tempat lain saya xbeberapa pasti.
Jika berminat untuk peringkat sokongan, tuan boleh rujuk sekolah latihan seperti Ranaco, Pelita, Polaris dan banyak lagi.
Encik drinho kena pergi training antara dua diatas jika berminat untuk menjadi orang kapal. Dan itu bergantung pada umur encik drinho juga ye.
-nak ke tinggalkan anak bini lama lama. He he he-
Post a Comment